Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kedai roti wujudkan peluang pekerjaan untuk golongan memerlukan

    KANDAHAR, AFGHANISTAN – Pernah meminta sedekah di jalanan di bandar Kandahar di Afghanistan, Almasi, seorang balu berusia 40 tahun, telah mendapat pekerjaan di kedai roti yang ditubuhkan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan, terutama perempuan seperti dia.

    “Sejak (saya) mula bekerja di sini dan memperoleh wang, saya sangat gembira,” kata Almasi.

    Wanita di Kandahar, kata penduduk tempatan, telah menghadapi kesukaran ekonomi, terutamanya balu yang kehilangan suami dan pencari nafkah selama berdekad-dekad perang. Dengan kemiskinan yang melanda negara yang dilanda perang itu, suami Tamana me-ninggalkan Afghanistan untuk mencari pekerjaan tetapi malangnya tiada berita baik setakat ini.

    Hampir tiga bulan lalu, Tamana mendapat pekerjaan di kedai roti dan berasa berpuas hati dengan pendapatannya. Melancarkan projek menjana pendapatan, walaupun kecil untuk mengupah segelintir orang, boleh menyumbang kepada pembasmian kemiskinan, katanya.

    Kedai roti itu dimulakan oleh Hedayatullah Azizi, ahli syarikat perniagaan tempatan Kumpulan Azizi, yang percaya mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang yang memerlukan dapat membantu mengurangkan kemiskinan di wilayah Kandahar dan di Afghanistan secara amnya.

    “Kemiskinan melampau dan peningkatan bilangan pengemis, terutama wanita, di jalanan… telah memberi inspirasi kepada saya untuk membantu mereka memperoleh pendapatan tetap,” kata Azizi.

    Untuk menyediakan peluang pekerjaan, ahli perniagaan itu membuka kedai roti yang agak besar di bandar Kandahar, ibu kota wilayah Kandahar selatan, dan menggaji 50 wanita.

    “Sebanyak 5,000 roti dibakar setiap hari di kedai roti,” kata Azizi, yang juga pengurus Azizi Super Store di bandar Kandahar, sambil menambah roti itu dijual kepada “pejabat kerajaan, rumah dan tempat lain.”

    Ini adalah kali pertama syarikat tempatan menubuhkan projek menjana pendapatan di Kandahar, sebuah bandar yang telah rosak teruk selama 20 tahun kehadiran tentera pimpinan Amerika syarikat di Afghanistan. – Xinhua

    Seorang wanita Afghanistan kelihatan membuat roti di kedai roti yang terletak di bandar Kandahar, Afghanistan selatan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...