Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pemeriksaan di stesen minyak pada september

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Beberapa buah stesen minyak dijadualkan untuk ditutup sementara bagi kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan jenis pam minyak pada September depan.

    Kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan dijalankan oleh Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Menurut SDT, langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya adalah sekitar dua hingga tiga jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan tiga kali setahun.

    Sehubungan itu, jadual penutupan sementara stesen minyak pada 6 September adalah Stesen Minyak Keriam, Daerah Tutong; 10 September di Stesen Minyak Mar’azmala, Daerah Brunei dan Muara; 12 September di Stesen Minyak Berakas, Daerah Brunei dan Muara; 12 September di Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu, Daerah Belait serta 13 September di Stesen Minyak Tumasek, Daerah Brunei dan Muara.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi SDT melalui e-mel sdt@mofe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...