Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemimpin pro-pembebasan Kashmir mati dalam tahanan akibat kanser

    SRINAGAR, 11 OKT – Pemimpin Pro-Pembebasan Kashmir, Altaf Ahmad Shah yang dipenjarakan pihak berkuasa India sejak lima tahun lepas, meninggal dunia pada malam Isnin, beberapa hari selepas disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap akhir.

    Bersama enam pemimpin tertinggi pro-kebebasan, Shah, 66, ditahan dalam “kes pendanaan keganasan” pada 2017.

    Beliau merupakan menantu kepada pemimpin gerakan pembebasan Kashmir, Syed Ali Geelani, 91, yang meninggal dunia di kediamannya di Srinagar tahun lalu selepas hampir 10 tahun ditahan di rumah.

    Shah menghidap kencing manis. Pada 30 September, anak perempuannya Ruwa Shah menerusi Twitter berkata bapanya didiagnosis dengan kanser buah pinggang dan telah merebak ke organ penting lain.

    “Kami sekeluarga memohon untuk bertemu dengannya serta meminta beliau dibenarkan untuk diikat jamin atas alasan kesihatan,” ciap Ruwa.

    Beliau berkata bapanya dipindahkan dari Penjara Tihar New Delhi, tempat dia dipenjarakan ke Hospital Ram Manohar Lohia (RML) yang tidak mempunyai jabatan onkologi.

    “Imbasan PET yang perlu dilakukan tidak terdapat di RML, tempat beliau menerima rawatan. Doktor enggan bercakap dengan kami. Polis tidak membenarkan kami berjumpa dengannya. Dia memerlukan rawatan secepat mungkin,” katanya lapor Agensi Anadolu.

    Selepas enam hari rayuan demi rayuan termasuk menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri India Amit Shah dan perintah Mahkamah Tinggi Delhi pada 3 Oktober, Shah dipindahkan ke All India Institute Of Medical Sciences. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...