Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Skuad B-16 Malaysia intai peluang jalani kem latihan di Jepun

    KUALA LUMPUR, 11 OKT – Skuad Bawah 16 tahun kebangsaan Malaysia berharap dapat menjalani kem latihan di Timur Tengah atau Jepun menjelang kempen pusingan akhir Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) 2023.

    Ketua jurulatih Osmera Omaro berkata selain bertujuan memberi pendedahan, pihaknya merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan kuat dari Timur Tengah atau Jepun dalam usaha untuk memberi tentangan sengit pada saingan berprestij bola sepak belia Asia itu.

    “Walaupun cemerlang (layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023), namun masih banyak lagi aspek perlu diperbaiki. Antara cara terbaik adalah memberi pendedahan menentang pasukan kuat dari Timur Tengah atau pun Jepun bagi mereka mendapatkan pengalaman bermain pada intensiti yang sama pada pusingan kelayakan kali ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama skuad negara dari Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

    Pada aksi kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Indonesia, Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan menumpaskan Palestin 4-0 diikuti seri 1-1 menentang Guam sebelum mengejutkan pasukan pilihan Emiriah Arab Bersatu 3-2 dan melengkapkan saingan dengan ‘meratah’ tuan rumah, 5-1.

    Malaysia layak ke Piala Asia B-17 2023 selepas mengungguli Kumpulan B dengan 10 mata. Hanya 10 juara kumpulan dan enam pasukan naib juara kumpulan terbaik layak ke pusi-ngan akhir.

    Dalam pada itu, Osmera memaklumkan mereka akan mencuba sedaya upaya untuk muncul empat pasukan terbaik di Piala Asia B-17 2023, sekali gus mencatat sejarah layak ke Piala Dunia B-17 buat julung kalinya, juga tahun depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...