Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pencarian mangsa kebakaran feri diteruskan

    CORFU, GREECE, 21 FEB – Anggota penyelamat Greece hari ini meneruskan pencarian 10 mangsa yang masih hilang akibat kebakaran feri yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya seorang pemandu trak.

    Rakaman televisyen menunjukkan asap masih berkepul-kepul dari kapal Euroferry Olympia yang berbendera Itali, lebih tiga hari selepas kebakaran melanda kapal itu ketika ia belayar dari Igoumenitsa di Greece ke Brindisi di Itali dengan hampir 300 orang yang menaiki feri tersebut.

    Kebanyakan penumpang telah dipindahkan dengan cepat, dan seorang pemandu trak berasal dari Belarus berusia 21 tahun berada dalam keadaan selamat kelmarin.

    Walau bagaimanapun, seramai 10 pemandu trak lain, iaitu tujuh warga Bulgaria, dua warga Yunani dan seorang warga Turki masih lagi tidak diketahui keberadaan mereka.

    Sementara itu mayat seorang pemandu trak warga Greece berusia 58 tahun dijumpai kelmarin, kematian pertama yang disahkan dalam kemalangan tersebut.

    Lebih daripada 40 anggota bomba turut menyertai operasi pencarian dan menyelamat dengan bot tunda dan kapal pengawal pantai yang bersiap sedia. Sementara itu terdapat laporan mengenai cuaca yang semakin teruk lewat hari ini.

    “Ia adalah operasi yang sangat sukar,. Terdapat tekanan haba yang besar dan banyak asap,” kata jurucakap bomba kepada AFP.

    Penyelaras penyelamat, Dimitris Kontogiannis memberitahu televisyen awam Greek ERT bahawa suhu di dalam feri tersebut melebihi 400 darjah Celsius di beberapa kawasan.

    Di samping itu, dua daripada mereka yang diselamatkan adalah warga Afghanistan yang tidak berada dalam manifes feri tersebut, mencetuskan kebimbangan bahawa lebih ramai penumpang tanpa dokumen mungkin turut berada di dalam kapal berkenaan. – AFP

    Sebuah van memindahkan mayat selepas kebakaran kapal Euroferry Olympia berbendera Itali di pulau Corfu Ionia, 20 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...