Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Pendaftaran awal bagasi bagi bakal jemaah haji

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerusi Jabatan Urusan Haji memaklumkan bakal jemaah haji yang akan menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1444H/2023M bahawa penerimaan bagasi (advance check-in) di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, akan dilakukan sehari sebelum penerbangan bertolak ke tanah suci.

    Menurut kenyataan KHEU, bagi penerbangan pertama yang akan bertolak pada 4 Jun jam 9:10 pagi, penerimaan bagasi adalah pada 3 Jun dari 12 tengah hari hingga 3 petang.

    Penerimaan bagasi bagi penerbangan kedua yang bertolak pada 5 Jun, jam 9:10 pagi, tarikh penerimaan bagasi adalah pada 4 Jun dan bagi penerbangan ketiga pada 6 Jun, jam 9:10 pagi, penerimaan bagasi adalah pada 5 Jun, manakala bagi penerbangan keempat pada 7 Jun, jam 9:10 pagi, penerimaan bagasi adalah pada 6 Jun.

    Semua waktu dan jam penerimaan bagasi untuk semua jadual penerbangan berkenaan adalah dari jam 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Sehubungan itu, Jabatan Urusan Haji mengingatkan semua bakal jemaah haji untuk menyerahkan bagasi mereka pada hari, tarikh dan jam serta tempat yang telah dinyatakan dengan membawa bersama pasport antarabangsa masing-masing.

    Selain itu, para bakal jemaah haji juga diingatkan supaya tidak membawa barang-barang tegahan dalam penerbangan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...