Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pendigitalan perniagaan satu keperluan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Perbincangan mengenai pendigitalan telah bermula sebelum pandemik COVID-19, tetapi pendigitalan kali ini berlainan daripada sebelumnya disebabkan pandemik yang melanda kerana ia telah menjejaskan kehidupan orang ramai dan mendorong orang ramai untuk mendigitalkan organisasi dan operasi mereka dengan lebih cepat.

    Kepentingan pendigitalan itu ditekankan oleh Naib Presiden Inovasi dan Teknologi imagine Sdn Bhd, Joey Heng Yick Fong dalam pembentangannya bertajuk #imagineAStrongerNation – Digitalisation in the New Normal semasa Minggu Teknologi Digital, Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Dalam pembentangan itu, beliau antara lain menyentuh mengenai peranan aktif dan penyertaan imagine dalam menggalakkan pendigitalan semasa pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk mene-roka kemungkinan menerima pakai teknologi baharu sambil menyesuaikan diri dengan normal baharu yang memerlukan kurangnya interaksi fizikal di samping masih memberikan pengalaman pelanggan yang berkualiti dalam industri telekomunikasi.

    Menurut beliau lagi, terdapat keperluan untuk mendigitalkan syarikat dalam industri pada ketika ini kerana terdapat banyak perubahan dalam perancangan, dan terutamanya kerajaan sedang mendigitalkan perkhidmatan, bermakna syarikat atau perniagaan harus berada dalam kedudukan itu dalam masa terdekat untuk mengambil kesempatan daripada perkhidmatan digital tersebut.

    Tambahan lagi dengan pandemik yang melanda, beliau berkata bahawa syarikat atau perniagaan tidak mampu melalui sekatan seterusnya dengan tidak beralih kepada digital yang sudah setentunya akan menjejaskan perniagaan tanpa mengira industri perniagaan yang diceburi.

    Mengulas mengenai pemerhatiannya semasa pandemik dan bagaimana perniagaan berubah, beliau menjelaskan bahawa banyak perniagaan ditutup kerana mereka tidak bersedia semasa kemuncak pandemik melanda kerana perniagaan masih bergantung pada pelanggan yang datang secara fizikal ke kedai dan menggunakan wang tunai fizikal dan bukannya dalam talian atau secara digital.

    Di samping itu, Joey Heng Yick Fong juga mencadangkan agar para pelanggan mereka atau mana-mana organisasi yang berada dalam industri perniagaan untuk mengunjungi imagine bagi membuat rundingan terhadap cara untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

    Antara yang hadir pada pembentangan semasa Minggu Teknologi Digital yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...