Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penganut India rai Diwali

    NEW DELHI, 24 OKT – Penganut India menyambut Diwali hari ini dengan mennyalakan lampu minyak tanah dan lampu berwarna-warni mempesonakan, menerangi rumah dan jalan-jalan di seluruh negara itu bagi menandakan perayaan Hindu yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan.

    Diwali, yang merupakan cuti kebangsaan di seluruh India, lazimnya disambut dengan bertukar-tukar hadiah bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Pada sebelah malam, banyak lampu minyak tanah atau lilin dinyalakan dengan bunga api dimainkan sebagai sebahagian daripada perayaan.

    Menjelang perayaan, bandar dan pekan di seluruh negara itu dihiasi dengan lampu berwarna-warni.

    Berjuta-juta orang India menyerbu bazar yang sesak untuk membeli-belah, mengembalikan keceriaan Diwali yang suram dalam tempoh dua tahun lalu akibat sekatan koronavirus.

    Ketika senja jatuh pada hari Ahad, lebih 1.5 juta lampu tanah dinyalakan dan terus menyala selama 45 minit di Ram ki Paidi, di tebing Sungai Saryu di bandar utara Ayodhya di negeri Uttar Pradesh, mengekalkan Rekod Dunia Guinness yang dicatatnya tahun lalu.

    Pegawai kanan kerajaan, Nitish Kumar berkata, lebih 22,000 sukarelawan, majoriti daripada mereka pelajar kolej, memastikan lampu menyala pada masa yang ditetapkan untuk memecahkan rekod tahun lalu iaitu 900,000 lampu minyak. – AP

    Orang ramai menyalakan lampu di tebing sungai Saryu di Ayodhya, India pada 23 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...