Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Remaja Perancis dikebumikan selepas pembunuhan kejam

    LILLE, PERANCIS, 24 OKT – Seorang remaja berusia 12 tahun yang kematiannya mengejutkan Perancis dan turut mencetuskan kontroversi politik yang pahit akan dikebumikan hari ini, dengan seorang wanita Algeria menjadi sasaran yang didakwa atas pembunuhan itu.

    Pembunuhan dan serangan kejam gadis yang dikenali sebagai Lola itu dicap sebagai “jahat” oleh Presiden Emmanuel Macron selepas mayatnya ditemui awal bulan ini disumbat ke dalam sebuah bagasi di Paris.

    Tetapi ia juga mendorong pengkritik sayap kanan untuk menuduh kerajaannya yang tidak melakukan tugas dengan baik untuk menghalang penghijrahan haram, dengan menteri membalas bahawa teguran sedemikian tidak sesuai pada masa ini.

    Keluarga Lola telah menggesa agar pertengkaran diketepikan dan gadis itu dikebumikan sebagai tanda “penghormatan bermaruah” apabila pengebumiannya dibuat hari ini di bandar Lillers, di wilayah asalnya di utara Perancis.

    Upacara pengebumian tersebut terbuka kepada orang ramai namun keluarganya mahu pengebumiannya dilakukan secara tertutup. Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin, sekutu rapat Macron, turut hadir dalam pengebumian itu.

    “Saya mahu ibu bapa Lola mempunyai peluang untuk terus hidup,” kata uskup Arras Olivier Leborgne yang akan mengetuai majlis itu. “Saya harap orang ramai berhati-hati, dan menghormati,” katanya kepada France 3 TV.

    Bagaimanapun, hanya sebanyak 500 orang dibolehkan hadir di dalam gereja tetapi, memandangkan kehadiran dijangkakan ramai sebanyak ribuan orang, pembesar suara akan dipasang untuk membolehkan mereka mengikuti upacara daripada luar. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...