Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Peningkatan kes tidak dikira gelombang baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Jumlah keseluruhan jangkitan pada Oktober bagi varian Omicron adalah sebanyak 540 kes dengan varian XBB sebanyak 6.3 peratus dan BA5.2 sebanyak 51 peratus, manakala itu selebihnya jenis varian yang lain.

    Ini menunjukkan, varian XBB memang ada di negara ini namun ia bukanlah varian utama.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berkata, walaupun peningkatan nampak ketara (purata jangkitan COVID) dari seminggu ke seminggu tetapi ia bukanlah gelombang.

    Beliau menekankan perkara itu ketika mengulas persoalan yang dibangkitkan mengenai gelombang kecil COVID di negara-negara jiran. Dalam perkara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan dinasihatkan untuk tidak keluar rumah jika merasa kurang sihat dan sebagainya.

    Manakala itu, bagi yang belum mendapatkan dos penggalak mereka disarankan untuk mendapatkannya bagi mencegah daripada mendapat gejala yang berat akibat jangkitan COVID-19.

    Menyentuh mengenai pemakaian pelitup muka, ia masih menjadi pilihan individu sendiri tetapi digalakkan untuk memakainya jika berada di tempat yang ramai, kedai-kedai, semasa sembahyang fardu Jumaat dan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit tidak berjangkit.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...