Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PENTARAMA tampil mesej patuhi SOP

    Gambar oleh Infofoto

    TEMBURONG, 22 JULAI – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah meneruskan persembahan PENTARAMA sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 bagi tahun 2022 di Pentas Perayaan Kawasan Dermaga, Pekan Bangar, di sini.

    Menurut kenyataan, PENTARAMA melalui persembahan sketsa drama bertajuk ‘Malam Aneka Ragam’ oleh kumpulan Putra Seni antara lain menyampaikan mesej menyeru orang ramai untuk terus mematuhi SOP walaupun sudah berada di Fasa Endemik.

    Sketsa tersebut juga diserikan dengan persembahan syair, sajak dan mukun. Manakala kumpulan pelawak BruHaha mempersembahkan lawak jenaka bertajuk ‘Norma Baharu’.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Turut hadir Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

    Persembahan dimulakan dengan lagu tema ‘PENTARAMA’ oleh barisan artis yang menjayakan PENTARAMA kali ini.

    Segmen persembahan PENTARAMA dimeriahkan dengan nyanyian solo daripada artis-artis tanah air.

    Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak dan Dayang Siti Bismi Nuruliman semasa hadir pada acara perayaan di Daerah Temburong.
    Antara persembahan PENTARAMA di Daerah Temburong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...