Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Penunggang motosikal maut dilanggar kereta api

    OAKLAND, CALIFORNIA, 18 SEPT – Seorang penunggang motosikal dilanggar kereta api di Utara California selepas melenting daripada motosikal semasa satu kemalangan dan terjatuh di landasan kereta api.

    Nahas itu mengakibatkan penangguhan perkhidmatan untuk sistem Transit Rapid Kawasan Teluk. Nama penunggang motosikal tidak didedahkan. Kemalangan dilaporkan berlaku sebelum pukul 4 petang di Oakland, menurut pihak berkuasa.

    Penunggang motosikal hilang kawalan kenderaannya dan terlanggar pagar besi, lapor The San Francisco Chronicle.

    Kesan pelanggaran menyebabkan penghadang terkopek dengan lubang besar dan penunggang itu terjatuh 25 kaki di landasan kereta api di bawah. Sebuah kereta api melanggar penunggang motosikal sejurus selepas itu.

    Wakil BART menggelar kejadian itu sebagai ‘tragedi dahsyat’ di Twitter. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...