Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Mawilla, Labuan

    LABUAN, 18 SEPT – Bangkai seekor anak penyu hijau ditemukan orang ramai di Pantai Mawilla di sini petang semalam (Sabtu).

    Penyu berukuran 45 sentimeter (cm) panjang dan 33cm lebar itu mempunyai bekas kecederaan pada badan, berkemungkinan akibat terkena kipas bot.

    Pengarah Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Marysia James Abie berkata punca kematian haiwan itu tidak dapat dikenal pasti kerana ia sudah terlalu lama mereput melebihi
    72 jam.

    Kali terakhir penyu hijau terdampar di pulau ini ialah di Pantai Layang-Layangan pada 7 Sept, 2021 yang ditemukan tanpa kepala dan ekor. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...