Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara kaunter bayaran bil air Jalan Tasek Lama

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara kaunter pembayaran bil air dan gas di Jabatan Perkhidmatan Air, Jalan Tasek Lama bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menyarankan orang ramai supaya membuat pembayaran bil secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih atau mesin CDM bagi pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bank Baiduri dan Bank Standard Chartered Brunei.

    Untuk sebarang aduan dan pertanyaan mengenai bil air dan gas, orang ramai boleh menghantar e-mel ke watercustomersvs@psw.gov.bn dan pihak jabatan memohon maaf atas kesulitan yang telah dihadapi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...