Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Penyakit Legionnaires ragut 4 nyawa

    BUENOS AIRES, 4 SEPT – Pihak berkuasa kesihatan Argentina semalam mengesahkan empat individu dirawat di sebuah klinik di wilayah Tucuman meninggal dunia akibat penyakit Legionnaires, jangkitan kuman yang jarang berlaku pada paru-paru.

    Menteri Kesihatannya, Carla Vizzotti, berkata Legionnaires dikenal pasti punca utama radang paru-paru, selepas mereka mengalami demam panas, sakit badan dan kesukaran bernafas.

    Kematian mereka berlaku sejak Isnin lalu, di sebuah klinik di bandar San Miguel de Tucuman.

    Terbaharu semalam, membabitkan seorang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai masalah kesihatan, selain seorang wanita berusia 70 tahun yang menjalani pembedahan di klinik itu turut menjadi mangsa. Menteri Kesihatan wilayah, Luis Medina Ruiz pula berkata tujuh lagi kes simptomatik sudah dikenal pasti, semuanya dari lokasi sama dan hampir kesemuanya membabitkan kakitangan klinik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...