Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) telah mengumumkan lima pemenang bertuah suku tahunan bagi kempen cabutan bertuah Promosi Pembiayaan 12 Bulan.
Para pemenang ialah Awang Azme bin Haji Julaihe, Awang Mohammad Harith bin Haji Edin, Haji Mohamad Fajri bin Haji Idris, Dayang Khairulnisa binti Haji Hassan @Haji Abdul Rajak, dan Dayang Sariwati binti Haji Sahak.
Setiap pemenang membawa pulang wang tunai $1,000 sebagai sebahagian daripada cabutan bulanan ketiga kempen.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Dr Awang Norfarizal bin Othman.
Para pemenang dipilih daripada pelanggan yang memohon bagi produk pembiayaan Perbadanan TAIB dengan hadiah kemenangan akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pemenang.
Kempen berkenaan akan berlangsung selama 12 bulan bermula awal Mac lalu hingga penghujung Februari 2023 di mana lima pemenang bertuah akan diumumkan setiap suku tahun.
Pemenang suku tahunan juga akan layak untuk cabutan utama terakhir nanti.
