Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Perbicaraan bekas penasihat Suu Kyi dipindah ke kompleks penjara

    YANGON, 22 JUN – Perbicaraan seorang pakar ekonomi Australia yang ditahan di Myanmar akan dipindahkan ke mahkamah khas di kawasan penjara di bandar Naypyidaw, menurut satu sumber terdekat kes itu hari ini.

    Sean Turnell bekerja sebagai penasihat kepada pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika dia ditahan sejurus selepas rampasan kuasa yang menyingkirkan kerajaannya pada Februari tahun lalu.

    Dia telah didakwa kerana melanggar undang-undang rahsia rasmi negara itu dan berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun jika didapati bersalah.

    Turnell dan tertuduh bersama, Aung San Suu Kyi sebelumnya muncul pada perbicaraan mingguan di sebuah mahkamah khas di kawasan perbandaran.

    Namun kedua-duanya akan muncul pada Khamis di ‘sebuah mahkamah khas di penjara Naypyidaw’, kata satu sumber yang mengetahui kes itu. – AFP

    Penjara Naypidaw tempat pakar ekonomi Australia akan menjalani perbicaraan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...