Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Facebook ubah teknologi sasaran iklan bersifat diskriminasi

    SAN FRANCISCO, 22 JUN – Pemilik Facebook Meta telah bersetuju untuk menukar teknologi penyasaran iklannya dan membayar AS$115,000 untuk menyelesaikan dakwaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat media sosial itu yang membenarkan diskriminasi terhadap siapa yang melihat iklan perumahan, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Di bawah syarat perjanjian yang masih mesti diluluskan oleh mahkamah, Meta akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan iklan rentas demografi menjangkau orang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.

    Sebelumnya, Jabatan Perumahan dan Pembangunan Bandar (HUD) telah mendakwa pada 2019 bahawa Facebook “mendiskriminasi secara tidak sah berdasarkan kaum, warna kulit, asal usul negara, agama, status keluarga, jantina dan ketidakupayaan” dengan mengehadkan orang yang boleh melihat iklan berkaitan perumahan.

    Facebook telah menjadi gergasi pengiklanan berbilion dolar dengan jumlah data pengguna yang besar yang membolehkan syarikat itu menyasarkan demografi tertentu dengan lebih tepat, tetapi hal itu juga telah mendorong dakwaan pelanggaran privasi serta diskriminasi.

    Walaupun tuduhan HUD tertumpu pada iklan perumahan, Meta juga akan menggunakan sistem baharu untuk memastikan iklan untuk pekerjaan atau kredit juga tidak mendiskriminasikan.

    Meta telah bekerjasama dengan HUD dalam ‘sistem pengurangan varians’ untuk mengelakkan diskriminasi dalam penyasaran iklan pada platformnya.

    Ia juga telah membuat perubahan bagi menangani kebimbangan diskriminasi iklan perumahan dan perkara itu akan kekal berkuat kuasa, menurut rundingan yang dicadangkan. – AFP

    Tanda logo Facebook Meta dilihat di ibu pejabat syarikat di Menlo Park, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...