Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Perhubungan terputus sebab jambatan runtuh

    KOTA BELUD, 13 MEI – Kira-kira 4,000 penduduk lima kampung sekitar sini terputus hubungan setelah laluan di jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan dengan kawasan luar, runtuh petang semalam susulan hujan lebat berterusan pada Isnin lepas.

    Lima kampung berkenaan terdiri daripada Kampung Nahaba, Talungan, Terintidon, Tegudon, dan Kampung Sayap.

    Seorang petani dari Kampung Sayap, Sinim Embom, 58, berkata pada mulanya beliau sekeluarga merancang untuk membeli barangan untuk majlis perkahwinan saudara mereka, namun bencana itu menimbulkan pelbagai kesukaran untuk keluarganya.

    “Kami terpaksa menunda majlis. Keadaan ini juga memberi kesulitan kepada penduduk kampung kerana laluan itu merupakan laluan utama kami ke pekan. Kesulitan itu sangat dirasai lebih-lebih lagi petani seperti saya yang harus mengangkut hasil pertanian ke pekan setiap hari,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

    Semalam Bernama melaporkan Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memberitahu 4.3 Kilometer (KM) di Jalan Sayap, Kota Belud ditutup kerana terdapat kerosakan pada laluan jambatan susulan hujan lebat berterusan, dan tiada jalan alternatif untuk pengguna jalan itu.

    Seorang peniaga di Kampung Talungan, James Taiman, 69, pula berkata kejadian pada pukul 2 petang tersebut menyukarkan kehidupan kira-kira 4,000 penduduk. – Bernama

    Jambatan di Sungai Walianan berdekatan dengan Kampung Nahaba runtuh selepas dilanda banjir berikutan hujan berterusan menyebabkan kira-kira 4,000 penduduk daripada lima buah kampung terputus hubungan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...