Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Perintah Perkapalan Pedagang: Dua diarah bayar denda

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Dua lelaki warga tempatan telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret, di sini untuk membayar denda kerana melanggar Perintah Perkapalan Pedagang selepas mereka mengaku bersalah hari ini.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan malim kapal, Jeffri bin Haji Dullah, 47, to untuk membayar denda $10,000 atau berdepan penjara 10 bulan jika gagal membayarnya. Sementara itu, kru kapal Muhammad Nursalam bin Jaya, 28, diperintahkan untuk membayar denda $5,000 atau penjara lima bulan.

    Pendakwa Nurul Husna Aqilah binti Haji Abidin men-dedahkan di mahkamah bahawa rondaan maritim bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasaan telah menemui bot berpendaftaran Brunei itu dalam lingkungan 500 meter Zon Selamat pelantar minyak luar pantai pukul 9:56 pagi pada 20 September 2020.

    Pasukan peronda mendekati bot berkenaan dan setelah menaikinya menemui hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan.

    Kedua-dua mereka ditahan dan bot berkenaan ditunda ke Sub Pangkalan Polis Marin Kuala Belait bagi siasatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...