Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Perlawanan Liga Super Terengganu FC-NSFC ditunda

    KUALA LUMPUR, 8 MAC – Perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang dijadualkan berlangsung esok, ditunda ke tarikh baharu susulan jangkitan COVID dalam kalangan pemain dan pegawai pasukan.

    Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan, memaklumkan perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, terpaksa ditunda berikutan 15 pemain dan pegawai NSFC disahkan positif COVID.

    “Selain itu, perlawanan antara kedua-dua pasukan berkenaan dalam pusingan pertama Piala FA 2022 pada hari Ahad, di venue yang sama juga terpaksa ditunda,” menurut MFL dalam kenyataan di laman sesawang www.malaysianfootballleague.com hari ini.

    Pada masa sama, MFL menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai NSFC yang disahkan positif COVID dan berharap mereka yang terlibat akan kembali sembuh.

    Sebelum ini, beberapa perlawanan Liga Super, Liga Premier dan Piala FA terpaksa dibatalkan sejak hujung minggu lepas apabila pemain dan pegawai pasukan dijangkiti wabak berkenaan. – Bernam

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...