Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Filipina arah pemindahan mandatori rakyatnya dari Ukraine

    MANILA, 8 MAC – Kerajaan Filipina bakal melaksanakan pemindahan mandatori rakyatnya yang masih berada di Ukraine ketika Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) meningkatkan status amaran krisis di negara timur Eropah itu kepada Tahap 4.

    “Disebabkan situasi keselamatan yang pantas bertambah buruk di Ukraine, DFA telah meningkatkan tahap amaran krisis bagi semua kawasan di Ukrain kepada Amaran Tahap 4 (Penghantaran Balik Mandatori),” Kedutaan Filipina di Warsaw, Poland, berkata dalam satu makluman pada Isnin.

    Kedutaan Filipina di Warsaw mempunyai kuasa terhadap rakyat Filipina di Ukraine. Di bawah Amaran Krisis Tahap 4, kerajaan Filipina “melaksanakan prosedur pemindahan mandatori dengan pembiayaan kerajaan”.

    Kedutaan berkenaan memberi jaminan bahawa ia akan memberikan bantuan kepada rakyat Filipina di Ukraine bersama pasukan tindakan pantas, yang pada masa ini sedang membantu rakyat Filipina bagi penghantaran balik dan pemindahan.

    DFA berkata bahawa ia terus memantau perkembangan politik dan keselamatan di Ukraine.

    Sebelum kerajaan meningkatkan amaran krisis tahap 4, penghantaran balik rakyat Filipino dari Ukraine hanyalah secara sukarela. – ANN/Philippine Inquirer

    Tentera Ukraine berjalan merentasi jambatan yang musnah semasa pemindahan orang awam dari bandar Irpin, barat laut Kyiv, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...