Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Permulaan hebat Rose Zhang dalam debut Jelajah LPGA

    NEW JERSEY, 2 JUN — Juara NCAA dua kali Rose Zhang kelmarin membuat penampilan sulung profesionalnya dalam Jelajah LPGA, pusingan pembukaan yang mantap dalam Terbuka Amerika Mizuho.

    Pemain berusia 20 tahun dari Stanford yang mendominasi kedudukan amatur wanita selama lebih daripada dua tahun membuat pukulan 2-bawah 70 di Liberty National. Pemain California itu ketinggalan lima pukulan dari pendahulu yang dipegang oleh Lauren Hartlage, yang melakukan 65 pukulan terbaik dalam kerjaya.

    Aditi Ashok, pemain pertama dari India dalam jelajah itu, membuat 67 pukulan dalam kejohanan di mana tumpuan beralih kepada Zhang pada hujung minggu lalu dengan pengumuman dia menjadi profesional.

    Atthaya Thitikul dari Thailand dan Stephanie Meadow dari Ireland Utara mempunyai membuat 68 pukulan.

    Ayaka Furue, yang tewas kepada Pajaree Anannarukarn dalam perlawanan akhir di Las Vegas baru-baru ini, membuat 69 pukulan bersama Lydia Ko, Brooke Henderson, Emma Talley, Cheyenne Knight, Grace Kim dan Yuka Saso.

    Zhang tidak mendominasi dalam pusingan pertamanya sebagai pemain profesional tetapi dia menunjukkan cukup banyak prestasi yang bagus, membuat lima birdie dan tiga bogey.

    Dia memukul di fairways dan green dalam satu pusingan di padang yang menampilkan par 3 yang berlatar belakangkan Patung Liberty.

    “Ini sudah pasti pusingan yang mungkin boleh menjadi lebih baik, dan itu membuatkan saya teruja untuk lebih bekerja keras dan mengembangkan permainan saya dengan lebih jauh lagi,” kata Zhang, yang merupakan antara 14 pemain di 2-bawah. “Saya rasa seperti saya tidak memanfaatkan beberapa pukulan sebaik-baiknya, dan saya rasa masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan.” – AP

    Zhang tersenyum selepas melakukan tee pertama semasa pusingan pertama kejohanan golf Terbuka Amerika Mizuho, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...