Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    13 kontena terbakar: Siasatan dilakukan termasuk ikrar palsu

    SHAH ALAM, 8 JUN – Siasatan berhubung punca kejadian kebakaran 13 kontena di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, semalam dijalankan membabitkan segenap aspek termasuk pengikraran palsu. 

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata siasatan masih dilakukan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Northport sama ada bahan yang diikrar itu adalah benar atau tidak. 

    “Kita masih siasat apakah puncanya tetapi saya tidak mahu buat kesimpulan ketika ini kerana siasatan terperinci sedang dijalankan. 

    “Kalau ikrar palsu, itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, maka kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak tersebut,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian Sijil Pematuhan untuk Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016 kepada LPK di sini hari ini. 

    Loke berkata pihaknya mengambil berat terhadap pengikraran barangan di dalam kontena bagi memastikan keselamatan selain beberapa kawalan akan diperketat untuk mengelakkan kejadian sebegitu berulang.

    Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran pagi semalam, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dan operasi pelabuhan juga tidak terjejas. – Bernama

    Anthony Loke Siew Fook (tiga, kiri) menyerahkan sijil pematuhan ABMS ISO 37001:2016 kepada Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Kapt K Subramaniam (kanan) pada Majlis Penyampaian Sijil ABMS dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara LPK bersama Agensi Kerajaan, Operator Terminal dan Pemain-Pemain Industri, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...