Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pertandingan perkenalkan aktiviti sihat kepada belia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Untuk mendedahkan dan mengisi masa lapang para belia dengan aktiviti sihat dan berfaedah, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mungkom Kiudang telah menganjurkan Pertandingan Permainan Kereta Kawalan Empat Roda di kawasan tanah lapang Jalan Tekiding, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lugu.

    Pengerusi pertandingan, Awang Mohd Harno bin Haji Abdul Ghani berkata, antara tujuan pertandingan adalah untuk menyatukan dan memberi peluang kepada para belia khususnya penggemar permainan kereta kawalan empat roda untuk berkongsi kemahiran.

    Muncul sebagai juara bagi pertandingan berkenaan ialah Awang Mohd Danish Shah bin Selamat diikuti oleh Awang Hafiz Syafie bin Norhamdi di tempat kedua dan Awang Muhammad Murdani bin Haji Abdul Ghani di tempat ketiga.

    Turut hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah ahli Jawatankuasa Perumahan STKRJ Kampung Lugu, Awang Mohd Hairini bin Haji Serudin.

    Awang Mohd Danish Shah bergambar bersama hadiah pada pertandingan yang diadakan di kawasan tanah lapang Jalan Tekiding, STKRJ Kampung Lugu.- Gambar serahan MPK Mungkom Kiudang
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...