Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pesawat pelancong hilang di Iceland

    REYKJAVIK, 4 FEB – Dua helikopter, beberapa kapal terbang dan kira-kira 500 anggota menyelamat hari ini menggeledah kawasan yang dilitupi salji tebal di Iceland di mana sebuah kapal terbang pelancong kecil telah hilang sejak sehari lalu.

    Pesawat Cessna C172 dengan juruterbang Iceland dan tiga pelancong asing masih belum ditemui sejak berlepas dari ibu negara Reykjavik pagi semalam ke kawasan Golden Circle di kawasan barat daya negara.

    “Keadaan penerbangan adalah baik. Kami belum menerima sebarang isyarat atau panggilan kecemasan,” kata jurucakap pengawal pantai Asgeir Erlendsson. Kapal terbang itu dijangka pulang ke Reykjavik dua jam kemudian.

    Pengawal pantai berkata juruterbang ialah penduduk tempatan dalam umur lima puluhan sementara tiga penumpang asing adalah lebih muda. Ia tidak menyatakan kerakyatan pelancong berkenaan.

    “Kami mendasarkan penyelidikan kami pada maklumat yang diperoleh daripada perbualan telefon dan kawalan lalu lintas udara,” kata jurucakap, menambah kapal terbang kali terakhir dijejaki pada jarak 50 kilometer dari ibu negara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...