Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Piala Dunia 2026 bakal jadi acara terbesar

    NEW YORK, 17 JUN – Presiden FIFA, Gianni Infantino kelmarin memberi amaran kepada Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) untuk bersedia bagi ‘pencerobohan’ bola sepak ketika bandar-bandar penganjur bagi Piala Dunia 2026 didedahkan.

    Buat pertama kalinya, penganjuran bersama Piala Dunia oleh tiga buah negara berbeza yang akan mencatatkan jumlah rekod pasukan yang mengambil bahagian, ditambah 16 pasukan dari 32 kepada 48 ketika kejohanan itu kembali diadakan di Utara Amerika buat kali pertama sejak final 1994.

    Sebanyak 16 tempat telah disenaraikan kelmarin termasuk 11 di AS, tiga di Mexico dan dua di Kanada.

    Kesemua perlawanan di AS akan diadakan di venue pasukan NFL, dengan Stadium SoFi yang bernilai AS$5 bilion di Los Angeles dan Stadium MetLife milik New York Giants di East Rutherford, disebut-sebut untuk menganjurkan perlawanan akhir.

    Sejumlah 60 daripada 80 perlawanan semasa kejohanan – termasuk pertemuan kalah mati bermula dari peringkat suku akhir dan seterusnya – akan diadakan di AS.

    (Dari kiri) Presiden Bola sepak Kanada, Nick Bontis; Presiden Persekutuan Bola sepak Mexico, Yon de Luisa Plazas; Presiden Bola sepak AS, Cindy Parlow Cone; Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden CONCACAF, Victor Montagliani bersama trofi Piala Dunia FIFA semasa sesi bergambar ramai selepas membuat pengumuman tersebut. – AFP

    Stadium Azteca yang ikonik di Bandar Mexico – yang menganjurkan perlawanan final Piala Dunia 1970 dan 1986 – turut tersenarai sebagai tempat perlawanan di Mexico berserta di bandar-bandar di Monterrey dan Guadalajara.

    Vancouver dan Toronto akan menjadi venue perlawanan yang diadakan di Kanada.

    Infantino sementera itu berkata Piala Dunia 2026 akan mengimbau aksi final 1994 di AS – yang memegang rekod jumlah kehadiran penonton tertinggi.

    “Piala Dunia 2026 akan menjadi lebih besar,” kata Infantino. “Saya merasakan dunia tidak menyedari apa yang akan berlaku pada 2026.

    “Ketiga-tiga buah negara ini akan mencipta kejutan. Dunia akan menceroboh Kanada, Mexico dan AS.

    “Mereka akan diceroboh oleh gelombang besar keraiaan dan kegembiraan.”

    Infantino juga berharap Piala Dunia akan meningkatkan pembangunan bola sepak di rantau itu dengan lebih pesat lagi.

    Keputusan bagi venue yang akan menghoskan perlawanan penting seperti aksi final Piala Dunia dan perlawanan pembukaan masih belum ditentukan.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...