Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Pil antivirus COVID dijangka tiba hujung Mac

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Kerajaan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan telah menempah dalam anggaran 40,000 pelan rawatan dua jenis pil antivirus COVID keluaran Syarikat Pfizer dan Syarikat Merck yang dijangkakan tiba pada penghujung bulan ini.

    Bagi setiap pelan rawatan menerusi pil-pil berkenaan, para pesakit dikehendaki untuk mengambil ubat yang diberikan nanti bagi keperluan tempoh lima hari iaitu dua kali sehari.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu ketika mengulas mengenai pembelian pil oral antivirus COVID sebagai salah satu usaha merawat para pesakit di negara ini, pada sidang media, petang tadi.

    Gambar fail bertarikh 16 November 2021 menunjukkan pil antivirus keluaran Pfizer iaitu Paxlovid. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...