Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    PKMT wadah penyatuan masyarakat majmuk di Tawau

    TAWAU, 4 SEPT – Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) yang merupakan antara persatuan tertua di Sabah mampu menjadi wadah penyatuan masyarakat majmuk di daerah ini, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

    Beliau yang juga penaung persatuan itu berkata PKMT ditubuhkan oleh sekumpulan anak Melayu di Tawau pada 1938 bertujuan membela dan menjaga kebajikan orang Melayu dari segi sosioekonomi serta pendidikan.

    “Sebagai masyarakat Melayu dan anak Jati Tawau, kita perlu berganding bahu memelihara persatuan ini agar bertahan dan PKMT dapat meneruskan perjuangan untuk menyatukan masyarakat majmuk di daerah ini.

    “Menerusi PKMT, para pemimpinnya kemudian menubuhkan Persatuan Islam Tawau (PIT) yang menjadi salah satu persatuan gabungan yang membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu di Dewan Tun Mustapha Masjid Raya Tawau di sini hari ini.

    Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 selain sumbangan 2,000 setiap bulan bagi menjayakan aktiviti persatuan berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -