Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    PM India gesa rakyatnya sertai usaha perangi kekurangan zat makanan

    NEW DELHI, 28 OGOS – Perdana Menteri India Narendra Modi hari ini menggesa rakyatnya menyertai usaha memerangi kekurangan zat makanan pada bulan depan.

    Sejak beberapa tahun lalu, India akan meraikan September sebagai ‘bulan nutrisi’, lapor Xinhua.

    “Kesedaran sosial memainkan peranan penting dalam menangani cabaran kekurangan zat makanan.

    “Saya menggesa anda semua untuk mengambil bahagian dalam usaha menangani kekurangan zat makanan pada bulan depan,” kata Modi ketika berucap menerusi sebuah program radio.

    Perdana menteri itu berkata pelbagai inisiatif telah diambil oleh rakyat di peringkat akar umbi bagi memerangi kekurangan zat makanan di negara ini.

    Di samping itu, beliau menasihatkan golongan petani untuk menanam bijirin milet secara besar-besaran kerana ia padat dengan ‘tenaga serta protein’. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...