Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan Amerika Latin.

    Jadual perjalanan enam hari itu akan menyaksikan Kishida bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron serta pemimpin Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, kata pejabat perdana menteri Jepun.

    “Tahun ini, Brazil mempengerusikan G20 dan Peru mempengerusikan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Ini adalah tahun Amerika Latin, dan ia menjadi tumpuan perhatian dunia”, menurut jurucakap kerajaan, Yoshimasa Hayashi dalam taklimat biasa.

    “Jepun ingin merebut peluang ini untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara Amerika Latin,” katanya.

    Menjelang pertemuannya dengan Lula nanti, Kishida dijangka menandatangani perjanjian kerjasama dua hala dalam bidang-bidang daripada perubahan iklim kepada penyahkarbonan dan juga isu alam sekitar yang lain, lapor agensi berita Jepun, Kyodo News.

    Kishida juga akan membawa delegasi mewakili sekurang-kurangnya 40 syarikat, mengintai pelaburan yang lebih besar di Brazil untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam teknologi hijau, lapor akhbar Nikkei.

    Syarikat kereta gergasi Jepun, Toyota berkata pada bulan lalu, ia merancang untuk melabur 11 bilion reais (AS$2.2 bilion) untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan hibrid di Brazil. – AFP

    Fumio Kishida berucap pada majlis makan tengah hari di North Carolina Executive Mansion, pada 12 April di Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...