Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Pagar penjara rosak, 120 banduan lolos diri

    NIGERIA, 26 APRIL – Hampir 120 banduan melarikan diri dari penjara di tengah Nigeria selepas hujan lebat memusnahkan pagar parameter, kata jurucakap Perkhidmatan Penjara Nigeria, hari ini.

    Hujan lebat selama berjam-jam Rabu lalu ‘menimbulkan malapetaka’ di penjara, menjejaskan tahap keselamatan sederhana di Suleja berhampiran ibu negara Nigeria, Abuja, sehingga ia merosakkan bangunan dan pagar parameter.

    Menurut Adamu Duza, keadaan itu mengakibatkan kira-kira 119 banduan yang ditempatkan di penjara di Negeri Niger mololoskan diri.

    Katanya, kakitangan penjara bersama anggota keselamatan lain berjaya menangkap semula 10 orang dan usaha menjejaki baki banduan yang masih bebas giat dijalankan.

    Duza menyalahkan keadaan usang penjara Nigeria yang dibina sejak ‘era penjajah’ membuatkan pusat tahanan itu ‘usang dan lemah’.

    Beliau berkata, pihak berkuasa sedang berusaha untuk menggantikan ‘semua kemudahan pusat tahanan yang usang’. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...