Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Populasi harimau liar di Nepal meningkat

    KATHMANDU, 29 JULAI – Nepal telah menyaksikan peningkatan populasi harimau liar hampir tiga kali ganda, menurut pengumuman pegawai hari ini.

    Peningkatan populasi harimau liar itu dianggap sebagai satu kejayaan bagi negara itu yang telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu menyelamatkan haiwan itu daripada kepupusan.

    Pembasmian hutan, pencerobohan manusia ke atas habitat dan pemburuan haram telah menjejaskan populasi haiwan itu di seluruh Asia.

    Nepal dan 12 buah negara lainnya telah menandatangani perjanjian pada 2010 dan berikrar untuk meningkatkan jumlah harimau liar kepada dua kali ganda tahun ini.

    Nepal adalah satu-satunya negara yang berjaya melepasi sasaran dan kajian pada 2022 mencatatkan 355 ekor harimau liar, peningkatan kira-kira 121 pada 2009.

    Seekor harimau dalam kurungan di Alipore Zoological Garden di Kolkata, India. Nepal telah menyaksikan peningkatan populasi harimau liar hampir tiga kali ganda dan menjadi satu-satunya negara yang berjaya melepasi sasaran untuk meningkatkan populasi haiwan itu. – AFP

    “Kami berjaya mencapai sasaran…Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha melindungi harimau liar tersebut,” kata Perdana Menteri Sher Bahadur Deuba semasa majlis pengumuman jumlah haiwan itu di Kathamandu.

    Ahli pemuliharaan meninjau populasi haiwan itu berkenaan melalui beribu-ribu kamera sensitif pergerakan yang dipasang di dataran selatan Nepal, kawasan di mana haiwan pemangsa itu berkeliaran.

    Pakar hidupan liar menggabungkan beribu-ribu imej untuk mengenal pasti setiap haiwan itu melalui belalang uniknya.

    Usaha negara itu mendapat pujian antarabangsa kerana berjaya meningkatkan populasi harimau, namun ia mempunyai kesan negatif kepada komuniti yang tinggal berhampiran habitatnya.

    Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam serangan harimau sejak beberapa tahun kebelakangan, menurut data kerajaan.

    Lebih 100,000 ekor harimau berkeliaran di seluruh dunia pada awal abad ke-20, tetapi jumlahnya menurut kepada angka terendah iaitu 3,200 pada 2010. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...