Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Portugal lanjutkan rekod cemerlang

    LISBON, 10 JUN – Portugal berjaya menjaringkan dua gol dalam masa lima minit untuk menewaskan Republik Czech dan meraih dua mata untuk mendahului kedudukan teratas Kumpulan A2 dalam Liga Negara-Negara, kelmarin.

    Joao Cancelo dan Goncalo Guedes berjaya menjaringkan gol pada minit ke-33 dan ke-38 di Lisbon ketika Portugal melanjutkan kecemerlangannya dalam kejohanan dengan mencatat kemenangan 2-0.

    Kemenangan itu bermakna bahawa mereka berada dua mata di hadapan Sepanyol, selepas memenangi dua perlawanan dan satu seri dalam tiga perlawanan mereka.

    “Kami bermain dengan baik,” kata Guedes. “Mereka berusaha untuk menggagalkan usaha kami dan itulah yang mereka lakukan.

    “Kami ingin menambah lebih banyak gol, namun ia tetap satu kemenangan yang penting buat kami,” tambahnya.

    Aksi Vaclav Jurecka (tengah) mengawal bola ketika dicabar Bruno Fernandes (kiri) dalam perlawanan Kumpulan A2, Liga Negara-Negara antara Portugal dan Republik Czech di Stadium Jose Alvalade, Lisbon. – AFP

    Republik Czech memulakan perlawanan berkongsi mata dengan pesaing mereka tetapi terjatuh ke tempat ketiga, selepas Sepanyol menewaskan Switzerland 1-0 di Geneva.

    “Portugal mempamerkan kualiti mereka,” kata penyerang Czech, Vaclay Jurecka.

    “Mereka berjaya memanfaatkan dua peluang yang diperoleh pada separuh masa pertama.

    Saya juga mampu menjaringkan ketika mendapat peluang tetapi percubaan saya tersasar.

    Saya minta maaf kerana tidak dapat membantu pasukan menambah jaringan.”

    Pasukan Republik Czech akan membuat kunjungan ke Sepanyol Ahad ini, sementara Portugal mungkin berpeluang untuk melanjutkan kejayaan mereka apabila menjadi pasukan pelawat nanti di Switzerland.

    Ia adalah minggu yang memberi semangat kepada anak buah Fernando Santos.

    Selain itu, Portugal terpaksa mengharungi perlawanan playoff untuk melayakkan diri ke Piala Dunia di Qatar dengan menewaskan Turki dan Macedonia Utara untuk mengelak daripada tersingkir. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...