Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    PPDB siasat kes rompakan di Tutong

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Berikutan tularnya gambar rompakan di sebuah kediaman dalam media sosial di Daerah Tutong baru-baru ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan di talian kecemasan 993 mengenai kejadian tersebut.

    Menurut kenyataan PPDB yang dikeluarkan di sini hari ini, rompakan yang berlaku pada subuh 26 Julai di sebuah rumah di Kampung Petani, Daerah Tutong itu sedang disiasat secara terperinci.

    Sehubungan itu, PPDB memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan mana-mana insiden yang mencurigakan dan menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu di talian kecemasan atau mana-mana balai polis berdekatan.

    Polis juga menasihatkan orang ramai untuk bekerjasama dengan ketua kampung dan ahli pengawasan kejiranan dalam menjaga keselamatan dan mencegah kejadian jenayah
    bagi memastikan negara ini bebas jenayah.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...