Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    PPNBD sambut awal tahun Hijrah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Dalam sama-sama menyemarakkan hari kebesaran Islam, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444H di Tingkat 4 Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali, ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, para pesuruhjaya, pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap yang terdiri daripada pengakap tunas, pengakap muda, pengakap remaja, pengakap kelana serta ahli-ahli pengakap dewasa.

    Acara telah dimulakan dengan Selawat Sayyidul Istigfar oleh Pasukan Pengakap Sekolah Arab Rimba dan bacaan Doa Selamat sebelum bacaan ayat-ayat lazim oleh ahli pengakap tunas sinaran, Mas Hazlam Syiblee Mundzir bin Nasrun Sumur Hakim yang merupakan peserta finalis Johor Scouts International Quran Festival, baru-baru ini.

    Acara kemuncak pada majlis berkenaan adalah ceramah khas bertajuk ‘Pecaya Tah’ yang disampaikan oleh Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Gafor yang antara lain menyentuh mengenai perubahan dalam diri kepada yang lebih baik.

    Haji Ali Yusri memberikan contoh dalam kegiatan pengakap seperti berkhemah ada diajarkan memasak, mengemas, pengurusan masa dan disiplin, bila diaplikasikan kemahiran berkenaan, ia merupakan kemahiran berguna yang dapat merubah ahli pengakap berkenaan.

    Selain itu, menurut beliau, ilmu-ilmu yang dipelajari dan untuk diaplikasikan mestilah disesuaikan dengan falsafah Melayu Islam Beraja agar ia sejajar dengan dasar negara.

    Sesi gambar ramai semasa majlis sambutan yang berlangsung di Bangunan PPNBD. – Gambar serahan PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...