Friday, May 10, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    PPV di pusat beli-belah untuk kanak-kanak

    KOTA KINABALU, 7 MAC – Langkah mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) di beberapa pusat beli-belah di sini, adalah sebagai usaha meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di Sabah yang masih rendah, kata Pegawai Kesihatan Daerah Kota Kinabalu Dr Suhaila Osman.

    Beliau berkata antara pusat beli-belah terlibat ialah Imago Shopping Mall, ITCC Shopping Mall, Warisan Square, Centre Point Sabah Shopping Mall, dan One Borneo Hypermall.

    Menurutnya setakat ini hanya 14 peratus atau kira-kira 60,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di seluruh Sabah menerima vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

    “Ibu bapa yang membawa anak-anak ke pusat beli-belah untuk mencari barang keperluan, bolehlah terus mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak mereka, selain boleh juga ke klinik kesihatan berhampiran atau Dewan Serbaguna Luyang, di sini. Saya menyeru agar ibu bapa bertindak cepat.

    “Sekarang ini cuti sekolah, saya khuatir apabila sekolah kembali dibuka kemungkinan untuk jangkitan bertambah. Lebih baik buat sesuatu untuk beri perlindungan kerana untuk vaksin bertindak memberi imuniti memerlukan masa dua minggu, jadi ini masa terbaik untuk anak-anak mengambil vaksin,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...