Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ART dulu sebelum masuk ke semua premis Pusat Bahagia, OKU

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Dalam menjaga keselamatan individu dan orang ramai, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengemaskinikan garis pandu prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan ke semua premis Pusat Bahagia dan pusat-pusat orang kelainan upaya (OKU) di seluruh negara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KKBS, setiap individu kini dikehendaki untuk menjalankan ujian pantas antigen (ART) di rumah masing-masing dengan keputusan negatif sebelum memasuki pusat-pusat berkenaan.

    Syarat tambahan berkenaan termasuk bagi semua individu yang akan memasuki premis-premis berkenaan seperti petugas, murid, pelatih, ibu bapa dan penjaga serta orang awam.

    Pengamalan SOP Kementerian Kesihatan seperti pengimbasan kod BruHealth bagi mengenal pasti kod-kod yang dibenarkan iaitu kod hijau dan kuning, status vaksinasi yang lengkap (sekurang-kurang dua dos), pengamalan penjarakan sosial dan sanitasi serta kebersihan diri secara umumnya masih berkuat kuasa.

    Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Bahagia di talian 8352315 (Pusat Bahagia Brunei dan Muara), 4220264 (Pusat Bahagia Tutong), 5221643 (Pusat Bahagia Temburong) atau 3331827 (Pusat Bahagia Eric Goh, Kuala Belait).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...