Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Presiden FAM: Bangunlah daripada lamunan

    KUALA LUMPUR, 16 MEI – ‘Bangunlah daripada lamunan’, demikian antara mesej penting Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, kepada skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia di sini, kelmarin.

    Beliau berkata demikian kepada skuad di bawah kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney, menjelang aksi terakhir Kumpulan B bertemu Kemboja kelmarin.

    “Mentaliti sang juara perlu sentiasa bersedia. Tidak kira siapa lawan kita nanti, kita harus tunjukkan karakter sebenar Malaysia, di mana kita tidak pernah takut untuk bertemu dengan mana-mana pasukan,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi FAM.

    Berdasarkan kedudukan terkini, Malaysia mengungguli Kumpulan B dengan mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan, sementara Thailand yang berada di tempat kedua mengutip enam mata, hanya memerlukan keputusan seri untuk mengiringi pasukan Malaysia ke peringkat separuh akhir.

    Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA pada edisi 2011 sewaktu dibimbing Datuk Ong Kim Swee. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...