Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Program Al-Kahfi dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Seramai 125 orang awam dan ahli Jawatankuasa Badan Sukarelawan Belia Da’ie di bawah naungan Urusetia Program Keugamaan Belia (PKB), Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini menyertai Majlis Pelancaran bagi Program Al-Kahfi Bersama Belia Da‘ie.

    Program yang berlangsung melalui aplikasi Zoom dan di laman media sosial Instagram @beliadaie dan @pdi_kheu itu antara lain bertujuan untuk memupuk rasa mahabbah dan kemanisan dalam membaca kalam Allah SAW melalui tilawah dan tadabbur secara berjemaah.

    Di samping ia juga bagi menggalakkan setiap umat Islam sentiasa melazimi sunnah Nabi Muhammad SAW, iaitu dengan membaca Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ialah Pengarah PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Sayyidul Istighfar yang diketuai oleh ahli ExCo Kepimpinan dan Kerohanian Belia Da‘ie, Awang Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf.

    Program Al-Kahfi Bersama Belia Da‘ie dirasmikan dengan bacaan 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi. Majlis diteruskan dengan sesi tadabbur ayat 1 hingga 10 dari Surah Al-Kahfi yang disampaikan oleh Pegawai Ugama, PDI, Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang.

    Pengerusi Belia Da‘ie, Awang Muhamad Fuad bin Matahir dalam ucapan alu-aluannya melahirkan penghargaan ke atas usaha ahli jawatankuasa Belia Da‘ie serta sokongan padu yang berterusan daripada Urusetia PKB dalam menjayakan program dan aktiviti Belia Da‘ie.

    Bacaan Doa Memohon Terhindar dari Wabak COVID-19, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Tasbih Kaffarah dan Surah Al-‘Asr mengakhiri majlis berkenaan.

    Antara peserta yang menghadiri Program Al-Kahfi Bersama Belia Da‘ie yang diadakan secara maya baru-baru ini. – Gambar serahan PDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...