Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Program Khidmat Akademik UNISSA pada 2 Julai depan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat akan menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai pada 2 Julai melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNISSA, tajuk kuliah bagi sesi berkenaan ialah ‘Membina Keluarga Sakinah; Pengajaran dari Dakwah Para Anbiya’ yang akan disampaikan oleh pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman.

    Antara tujuan program adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan.

    Selain itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan.

    Justeru, program berkenaan diharap dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat
    awam.

    Orang ramai yang ingin mengikuti program berkenaan bolehlah melayari pautan https://us06web.zoom.us/j/86852623037 (passcode: UNISSA).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...