Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Program pupuk minat sejarah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Seramai 38 orang kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun telah menyertai Program Kelas Celik Sejarah yang berlangsung di Pusat Pengkajian Borneo (PenBORNEO), Blok 31, Flat Anggerek Desa, hari ini.

    Program anjuran Bahagian Pen-BORNEO itu merupakan salah satu aktiviti bahagian itu yang dimuatkan dalam Program Cuti-cuti Sekolah tahun 2022 anjuran Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Pusat Sejarah Brunei (PSB).

    Terdahulu, program dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Memohon Perlindungan daripada COVID-19.

    Ia diteruskan dengan senaman ringan, tayangan video sejarah ‘si Ali’ diikuti dengan tayangan video-video lawatan rombongan luar ke PenBorneo dan diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta.

    Antara aktiviti yang dimuatkan dalam kelas adalah dengar cerita sejarah, menyaksikan tayangan video sejarah, kenali musuh-musuh rekod sejarah, kuiz dan aktiviti sejarah.

    Program bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak meminati sejarah, memberigakan akan pentingnya memelihara bahan rekod sejarah, menanamkan semangat kenegaraan dalam kalangan kanak-kanak dan mempromosi PenBORNEO sebagai pusat sumber dan rujukan sejarah khususnya sejarah Borneo.

    Menerusi program itu, ia diharap akan dapat memberi manfaat kepada generasi muda khususnya kanak-kanak supaya memahami akan pentingnya sejarah negara.

    Antara kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan semasa program berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...