Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Nadal tewas di terbuka AS

    NEW YORK, 6 SEPT – Frances Tiafoe percaya generasi pemain baharu bersedia untuk tenis ‘Big Three’ selepas mencipta kejutan menewaskan Rafael Nada di Terbuka AS, kelmarin.

    Tiafoe memberikan kejutan terbesar dalam kejohanan setakat ini dengan persembahan menakjubkan untuk menyingkirkan Nadal dalam penyingkiran terawal sejak Terbuka 2016.

    Nadal tewas dengan keputusan 6-4, 4-6, 6-3, dan dengan penyingkiran Serena Williams dari undian saingan wanita minggu lalu memberi bayangan generasi emas kini berada di penghujungnya.

    Tahun ini Terbuka AS menandakan kali pertama sejak 2003 bahawa sekurang-kurangnya salah seorang daripada Williams, Nada, Roger Federer atau Novak Djokovic tidak beraksi di peringkat suku akhir di acara Grand Slam.

    Tiafoe berkata pemain seperti dirinya, Nick Kyrgios, Carlos Alcaraz dan Jannik Sinner bersedia untuk merampas peluang mereka.

    “Sangat hebat untuk menyaksikan era baharu,” kata Tiafoe.

    “Bagi saya, Nick adalah seorang pemain tenis yang hebat. Ramai peminat yang akan menyaksikannya. Manakala Alcaraz mempunyai personaliti yang hebat. Begitu juga dengan Sinner dan saya. Orang ramai menyokong saya.

    “Ramai pemain yang beraksi dengan hebat.

    “Saya tidak merasakan ia akan menjadi ‘The Big Three’. Ia akan menjadi lebih ramai.

    “Ia adalah berita baik. Saya jamin akan ada seorang pemain yang akan mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas, kita akan saksikannya.” – AFP

    Aksi Rafael Nadal keluar dari gelanggang selepas tewas kepada Frances Tiafoe semasa pusingan keempat kejohanan tenis Terbuka A.S. di New York, pada 5 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...