Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Protes jejaskan persediaan Olimpik Paris 2024

    PARIS, 9 MAC – Kesatuan buruh Perancis berkata anggota yang bekerja dalam sektor tenaga hari ini telah memutuskan kuasa elektrik ke tapak pembangunan Perkampungan Olimpik untuk Sukan Olimpik Perancis 2024, serta stadium utama, Stade de France.

    Bekalan gas dan elektrik dipotong di tapak tersebut serta pusat data, kata Sebastien

    Menesplier, setiausaha agung cawangan tenaga kesatuan CGT, ketika kesatuan buruh meningkatkan protes untuk menggagalkan rancangan pembaharuan pencen kerajaan yang kontroversi.

    Kesatuan itu meneruskan tunjuk perasaan untuk memaksa kerajaan membatalkan rancangan itu, hingga mengakibatkan pengangkutan dan perkhidmatan awam lain terganggu di Perancis untuk hari ketiga berturut-turut.

    Kerajaan di bawah Presiden Emmanuel Macron berkata, meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun dan memperketatkan keperluan untuk pencen penuh adalah penting untuk memastikan sistem itu tidak mengalami defisit.

    “Berdepan dengan kerajaan yang enggan berganjak, kami juga enggan berganjak,” kata Menesplier.

    “Saya merayu kepada tanggungjawab kerajaan dan presiden republik itu untuk tarik balik pembaharuan, dan juruelektrik dan pekerja gas akan dapat kembali bekerja untuk perkhidmatan awam dan kepentingan umum,” tambahnya.

    Protes dalam sektor tenaga sejak Selasa itu telah melakukan pemadaman janakuasa, mengakibatkan kegelapan di beberapa tempat di seluruh negara.

    Jurucakap kerajaan, Olivier Veran kelmarin mengecam pemotongan kuasa elektrik walaupun menghormati tindakan protes tersebut dilakukan di jalanan. – AFP

    Api yang dicetuskan oleh ahli kesatuan sekerja Energy CGT semasa protes di pintu masuk stesen janakuasa arang batu Cordemais di Cordemais, barat Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...