Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Proton rancang keluar kenderaan elektrik menjelang 2027

    KUALA LUMPUR, 9 NOV – Pembuat kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) sedang berusaha mengukuhkan keupayaan kenderaan elektrik (EV) dan merancang untuk menghasilkan EV sendiri menjelang tahun 2027, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah. 

    Roslan menjelaskan Proton telah berbincang dengan rakan kongsi yang berpotensi bagi memulakan usaha itu kerana ia tidak boleh tergesa-gesa berbuat demikian tanpa memahami teknik penjualan serta pemasaran kenderaan tersebut.

    Pelan hala tuju EV Proton telah bermula semenjak 10 tahun lepas tetapi ia terbantut disebabkan permintaan pasaran dan teknologi semasa.

    “Jadi, lima tahun akan datang, sehingga 2027, akan memberi kami masa yang mencukupi untuk menentukan teknologi mana yang paling mudah diterima, senang diselenggara serta mampu dimiliki oleh kami serta pengguna,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan panel pada acara Invest Malaysia Siri 2, bertajuk ‘The Road to EV’ di sini, hari ini. 

    Sebelum memajukan EV sendiri, Roslan berkata Proton akan menimba lebih banyak pengalaman melalui kerjasama dengan Smart Automobile Co Ltd sebagai pengedar baharu Proton di Malaysia dan Thailand. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...