Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Puasa bukan halangan beraksi cabar Australia

    KUALA LUMPUR, 22 APRIL – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan Malaysia, A Arul Selvaraj tidak melihat ibadah puasa sebagai faktor yang boleh menjejaskan misi pasukan negara untuk mencabar kepantasan permainan Australia pada siri perlawanan ujian antarabangsa di Perth pada bulan ini.

    Arul yang mengakui keadaan tidak begitu memihak skuad bimbingannya, bagaimanapun enggan menjadikan puasa sebagai alasan utama pemain negara untuk tidak beraksi mengikut perancangan dalam keempat-empat perlawanan menentang pasukan Kookaburras itu yang juga merupakan pasukan nombor satu dunia.

    “Kami nak uji keupayaan dengan pasukan terbaik di dunia, kami nak bermain dengan pasukan terbaik dunia daripada segi kepantasan berfikir. Kami mempunyai pergerakan terpantas di dunia, jadi kalau kami boleh gabungkan kedua-dua ciri ini, kami boleh bertanding dengan banyak pasukan di dunia.

    “Itulah tujuan kami ke Australia, kami mahu menguji sejauh mana kami perlu menambah baik reaksi dan keupayaan berfikir,” katanya dalam klip video yang dikongsi kepada media, hari ini.

    Seramai 22 pemain dibawa ke Perth untuk menghadapi empat siri perlawanan ujian antarabangsa bertemu Australia di Stadium Hoki Perth bermula esok, diikuti perlawanan kedua pada Ahad sebelum menamatkan dua aksi terakhir, masing-masing pada 26 dan 28 April.

    Mengulas mengenai jadual perlawanan yang berturut-turut, Arul berkata beliau mahu pasukan membiasakan diri dengan kepadatan jadual dua kejohanan utama yang bakal disertai iaitu Piala Asia di Jakarta, Indonesia Mei ini dan Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...