Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Public Bank tawar kemudahan bayaran rentas sempadan

    KUALA LUMPUR, 16 FEB – Pelanggan Public Bank Bhd (Public Bank) kini boleh membuat bayaran segera menggunakan Bayaran Rentas Sempadan DuitNow QR antara Malaysia dengan Indonesia dan Thailand menggunakan Perkhidmatan DuitNow QR Public Bank.

    Ini akan membolehkan pelanggan yang melakukan perjaalnan ke luar negara menjalankan urus niaga dengan mudah dengan para pedagang di Indonesia dan Thailand menggunakan aplikasi perbankan mudah alih Public Bank, PB engage, kata bank itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

    “Bagi pelanggan dari Indonesia dan Thailand pula, mereka boleh menggunakan akaun perbankan di negara masing-masing untuk membuat bayaran kepada pedagang di Malaysia.

    “Seiring dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membuka sempadan antarabangsa menjelang bulan Mac, penggunaan bayaran rentas sempadan dan pautan DuitNow QR dengan Indonesia dan Thailand yang lebih mudah ini akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi antara negara-negara tersebut,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek.

    Inisiatif itu adalah pencapaian baharu sejak Public Bank melancarkan Penerimaan Bayaran Rentas Sempadan DuitNow QR yang pertama di Malaysia pada bulan Jun 2021 bagi pembayaran QR dari Thailand dan Indonesia. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...