Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Puluhan tuntung mati disyaki diracun

    MUMBAI, 23 JAN – Keracunan yang disengajakan mungkin menjadi punca kematian puluhan tuntung di sebuah tasik dekat Mumbai, kata pakar hidupan liar India kepada AFP hari ini.

    Pekerja pemuliharaan dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas seorang ahli politik tempatan meminta mereka menyiasat bau busuk di kawasan berair di Kalyan, kira-kira 50 kilometer di timur bandar India.

    Suhas Pawar daripada kumpulan pemuliharaan Penyelamat Haiwan Liar dan Reptilia berkata, sebanyak 57 tuntung India mati, manakala enam lagi diselamatkan.

    Dia memberitahu AFP yang penduduk tempatan berkemungkinan membunuh reptilia itu bagi menghalangnya daripada memakan ikan yang diternak secara haram di tasik itu.

    “Semuanya kini dalam siasatan, bedah siasat dan analisis saintifik akan mendedahkan punca kematian,” kata Pawar.

    Menurutnya, sekatan COVID-19 sejak dua tahun lalu berkemungkinan mendorong lonjakan populasi tuntung tempatan. – AFP

    Tuntung mati timbul di tasik Gauripada di Kalyan sekitar 40km dari Mumbai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...