Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pupuk amalan kitar semula

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 17 NOV – Sebagai usaha me-ningkatkan kesedaran orang ramai mengenai amalan kitar semula barangan terpakai, Green Depot akan mengadakan Recycling Drive yang ke-8 di Jabatan Daerah Belait, di Pekan Seria pada 20 November ini.

    Acara yang yang bakal berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu nanti amat mengalu-alukan orang ramai khususnya penduduk di Daerah Belait untuk membawa barangan kitar semula yang tidak lagi digunakan.

    Antara barangan yang diterima untuk dikitarkan semula adalah kertas, kotak, logam atau besi, aluminium dan sisa elektronik seperti peralatan komputer.

    Pelaksanaan aktiviti berkenaan dijalankan, bukan setakat untuk mendorong khususnya penduduk setempat untuk mengamalkan tabiat kitar semula bahkan ia juga bertujuan ke arah usaha mengurangkan jumlah sisa pepejal yang masuk ke tapak pelupusan di Negara Brunei Darussalam.

    Green Depot merupakan sebuah projek di bawah Green Brunei ditubuhkan pada bulan Disember 2018 dan disokong oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk menyumbang kepada matlamat negara iaitu menuju ke arah sifar pembaziran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...