Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pusat beli-belah Ukraine hancur

    KREMENCHUK, UKRAINE, 28 JUN — Pasukan penyelamat mencari mangsa serangan peluru berpandu Rusia dalam runtuhan sebuah pusat beli-belah yang hangus kelmarin, yang telah membunuh sekurang-kurangnya 18 orang dan mencederakan ramai.

    Presiden Ukraine menggelar tindakan tersebut sebagai ‘salah satu serangan pengganas paling berani dalam sejarah Eropah’.

    Presiden Volodymyr Zelensky berkata, lebih 1,000 orang berada di dalam pusat beli-belah di bandar Kremenchuk. Kepulan asap hitam, habuk dan api jingga berkepul-kepul keluar daripada serpihan bangunan yang dimusnahkan.

    Gabenor wilayah, Dmytro Lunin, berkata, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan 59 yang lain mendapatkan bantuan perubatan, dengan 25 daripadanya dimasukkan ke hospital.

    Wilayah itu mengisytiharkan hari berkabung kelmarin bagi mangsa serangan itu.

    Sementara itu, Ketua Pendakwa Ukraine, Iryna Venediktova, yang mengetuai penyiasatan ke atas kemungkinan jenayah perang, berkata, serangan peluru berpandu itu adalah salah satu ‘jenayah kemanusiaan’ Rusia, sambil menyatakan bahawa tentera Rusia telah ‘secara sistematik meletupi infrastruktur awam dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai dan membunuh orang dan membawa keganasan ke bandar serta kampung kami’.

    Venediktova turut menekankan kepada rakyat Ukraine di seluruh negara untuk terus berwaspada, sambil menambah bahawa mereka harus bersedia berdepan dengan serangan serupa pada ‘setiap minit’.- AP

    Keadaan pusat beli-belah selepas serangan peluru berpandu Rusia di Kremenchuk, Ukraine kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...